Assalamu'alaikum w.b.t semua,
Wah semangat ni ngan topic Labour Day ni..Pagi2 lagi td dah jengok2 tengok kat parking bawah, full je keta harini. Means that ramai la yg bercuti. Deeya pon tumpang rasa le gak Labour Day ni walaupun jadi student skang ni. Almaklumlah kelas mlm ni postponed.Hahahaha (Gelak guling2 u all :D). Tapi x bestnya kena la ada replacement class..waduh my weekend. Dan jugak x best sbb En. Abe x cuti.sobsob..x gi jalan manalah ye. So sama je la rutin harianku bersama Sweetheart yg dah makin lasak skang ni.
Deeya nak stori kat cni pasal Deeya punya experience la..dulunya selepas graduate, Deeya keje la kat Private Sector. Almost 2 years jugakla Deeya bertapa kat situ. Selepas tu Deeya join lak Public Sector.Kat Public ni adala dalam 5 tahun then Deeya sambung belajar. Lepas ni keje balik la dgn Gomen.
Ahah..ada highlight kat both key word ye. hehe. Apa perbezaan yang dah Deeya rasa dalam dua2 sector ni? Ni Deeya nak cerita experience masa di Private Sector ni. Company yang Deeya kerja ni International Company. Masa dapat keja tu, ramailah yang cakap; wahh untungla dapat keje ctu..Bukan senang nak dapat weh...Gaji mesti banyak wehh....that's sentence yg selalu kita dengar la kan. Memang best keje kat situ. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii..(haaa..ada tapi yang panjang di ctu ye u al)....sangatla mencabar.
Guess what? I'm the only Malay and girl in that lab. Rasanya u all leh bayangkan camana kan. (x best wehh..)..Wah...memang sukar yg amat nak cari gender yg sama kat situ sebabnya Deeya ditempatkan kat dalam Lab. Biasala kalo bab2 IT, engineering, susah sket majikan nak amek 'Perempuan'.. kononya x mampu nak buat apa yg kaum lelaki buat. Lagi satu, kan ke kalo dah kawen, konpem ar kena ada maternity leave la cuti anak sakit la.Lagi2 kalo cuti raya kena le amek lama sikit sebabnya nak kena balik kampong dua belah kan. Rugi la company kalo tiap tahun asyik maternity leave ditambah pulak dengan leave2 yg mcm supplement tu kan. That's some of the reason why perempuan susah nak dapat kerja dalam bidang2 tertentu. Tapi camana Deeya leh keje kat ctu plak eh? x tau la maybe dah rezeki Deeya kat situ dan kebetulan masa tu kan tengah bujang.So x de reason la Deeya nak cuti je memanjang.Kena la workaholic.Nama pon keje.Amanah tu beb..Sibaik la keje yg Deeya buat tu kena la dengan jiwa.haha..Kadang2 weekend pon keje.Nak rasa cuti itu ini x dapatla.Seingat Deeya, Labour Day pon Deeya x cuti kot. Jap nak recall...cheh x ingatla..haha...OK assume Deeya x cuti la ye.. ^-^ Nampak sungguh ke'workaholic'an ku..ekekeke...Table Arrangment dalam lab tu memanjang je.X de partition howwkey..Juz ada 3 workstations for each one untuk complete task yg bos bagi setiap hari. Tempat yang Deeya keje tu orang kiri kanan leh tgk & observe (part ni bos le slalu pantau kan kot2 la x wat keje).
Kisah ni Deeya memang x leh lupa..Ada satu hari tu, Deeya tengah buat keja..(semestinya buat keja..heh).Ada la sorang member Chinese ni (lelaki la manada pompuan dlm tu) tanya Deeya."Napa u selalu 'Curi Ular'?".. Hah sudah. Apa mamat ni punya soalan. Bila masa pulak aku curi ular? Dalam konpius2 tu Deeya pon pk punya pk..Rupa2nya dia nak tau napa selalu 'Mengular'..Paham kan mengular tu maksudnya macam curi tulang la.Mula2 nak melenting gak bila masa la kita ni mengular kan.Dahla keja tu Amanah..Kalo x amanah apa nak jawab kat sana nanti.Rezeki tu halal ke kalo mengular.Rupa2nya dia pelik napa Deeya selalu lari amek dalam 15 ke 20 minit ke surau.Selalunya Deeya gi kul 2ptg la. Sbb company ni pelik sikit time rehatnya. Waktu rehat kol 12 hingga 12.45..Mana sempat azan Zohor lg time tu kan..Selalunya Deeya rehat dalam setengah jam je sebab nak cover keja yang Deeya nak tinggal utk solat Zohor. So, pertanyaan si mamat ni pon dijawab," Deeya kena tunaikan responsibility Deeya as a Muslim." Then dia pon paham la. Tapi dia ada lagi soalan lain. Deeya mula pelik dengan sikap dia.Banyak pulak soalan dia ni..
Lebih kurang macam ni la conversation Deeya ngan AH tong (bukan nama sebenar..haha):
Ah Tong: "Kenapa in ur religion, perempuan ada yang pakai tudung and ada yang x pakai ya?"
Deeya: "Ok Ah Tong, cuba U bayangkan sekarang U tengah drive. Lepas tu U sampai kat traffic light. U tau kan traffic rules camane? If the light is Green, then Go. If Red then Stop. If Yellow then U need to be caution rite?"
Dia dah interested dengan analogy yang Deeya bagi.Then dia jawab..
Ah Tong: " Yes, then what? ".
Deeya: " Ok, assume that the traffic light in front of U tu red color, U nak stop ke nak Go?"
Ah Tong: "Mestilah Stop maaa"
Deeya: " Nape U nak Stop pulak?"
Ah Tong: "Kan traffic rules cakap kena stop.So kena la ikut maaa"
Deeya: " Hah..sama la macam Muslim Women..We must follow the rules"
Ah Tong macam x puas ati sebab jawapan tu x complete lagi...
Ah Tong: " Abes why ada yang pakai ada yang tak?"
Deeya: "I nak Tanya U Ah Tong. Sepanjang U drive ni, ada tak U pernah Nampak pengguna jalanraya yang langgar traffic light merah tu?"
Ah Tong : " Ada...."
Deeya: "Then sama la macam soalan U tadi.. Every human has different attitude, different behaviour. Kalau dia faham rules, then dia akan follow. If dia x paham, macam tu la jadinya...langgar traffic light merah"
Deeya tengok Ah Tong dah angguk2 kepala tanda paham..
Deeya: "U pon tau kan apa consequent orang yang langgar traffic light merah. Ada yg kena saman, ada yang accident..."
Ah Tong: " Ya la...I dah paham..Tenkiu maaa.."
Hehe..conversation kat atas tu bukanlan exactly sama ayat dia tapi lebih kurang macam gitu la Deeya jawab. Deeya rasa macam si Ah Tong ni interested sket pasal ni.. So Deeya hope akan ada NUR drpNya supaya si Ah Tong ni dapat ke jalan yang benar..
Ha..banyakkan experience Deeya keje di Private Sector. Deeya terpk...ada hikmahnya Deeya diletakkan sementara kat sana. Walaupun Deeya x sepandai mana dalam bab2 ni tapi sekurang2nya Deeya perjelaskan apa yang diorg pk sebenarnya..
Moral of the story: ' Sedangkan orang yang x seagama kita pon cuba memahami peraturan yang termaktub dalam kitab kita, apatah lagi kita yang sememangnya dilahirkan dalam Islam ni..Kenalah kita muhasabah diri...renung mana yang baik mana yang tidak.Amalkan yang benar...tinggalkan yang mungkar.Wallahu'alam..'
End of Private Sector punya cerita. Deeya nak cerita pasal Public Sector punya experience pulak.. Tapi rasanya kena bukak entry baru...x larat Deeya nak taip.Haha...Bukan hari ni..next time kot yer...
SO apapon pekerjaan kita, di manapon kita bekerja, pastikan Niat tu KeranaNya, Amanah, Jujur & Ikhlas, Bertanggungjawab semasa kita berkerja.. Moga pekerjaan yang diamanahkan tu dapat digunakan sebaik2nya...
U all yang bekerja tu Deeya ucapkan 'selamat hari pekerja' dan Selamat Bercuti! Jadilah pekerja yang terrrBAIK ya!! (dgn harapan bonus dapatla this year ekekeke..Haip...Ikhlaskan hati.Hehe..)
Sebelum berundur..ni ada sikit kata hikmah..:)
Bye..Ilalliqa'....
ala sambung la citer kt gomen...
ReplyDeleteya..going to update it...:)
Delete