Assalamu'alaikum w.b.t,
Laksa goreng?? Biasa makan laksa berkuah tu kan.Apa salahnya sekali sekala tukar menu kan.. Cara nak buat laksa goreng ni sama je macam nak buat mee goreng ke koteow goreng ke bihun goreng ke. Cuma kali ni cuba tukar tengok.Memang sedap.teksturnya sangat menarik. Rasa bahan yang ditumis pon sedap sebab laksa ni tak serap apa yang kita tumis. Jom tengok resipi..
Bahan-bahan:
1. Laksa
2. Daging/ayam
3. Sotong/Udang
4. Cili kering - 10 tangkai - dikisar
5. Bawang merah - 3 ulas -dikisar
6. Bawang puting - 3 ulas -dikisar
7. Sayur sawi -dipotong
8. Daun Salad -dipotong
9. Daun kucai -dipotong
10. Daun ketumbar dan daun bawang -dihiris halus
11. Cili padi - dititik
12. Bawang goreng
13. Garam
14. Sos cili
15. Kicap manis
Cara-cara:
1. Rendam laksa semalaman.
2. Rebus laksa sehingga kenyal. Angkat dan toskan hingga kering.
3. Kisarkan bahan-bahan seperti dinyatakan di atas.
4. Tumis bahan-bahan tersebut hingga naik bau.
5. Masukkan daging/ayam dan biarkan seketika.
6. Masukkan sotong atau udang dan biarkan seketika.
7. Masukkan laksa yang telah direbus tadi.
8. Masukkan sayur-sayur yang telah dipotong, cili padi yang telah dititik, sos cili dan kicap manis.
9. Masukkan garam secukup rasa. (x perlu banyak sebab dah masuk kicap).
10. Setelah laksa dan bahan-bahan masak, angkat dan hidang. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.
Sedia dimakan panas2. Selamat mencuba..
Monday, July 29, 2013
Resipi Sagu Bersantan Mudah dan Sedap
Hi all,
Resepi sagu bersantan ni mudah sedap dan cepat je dimasak. Ni first time Deeya buat. Resepi dari nenek Deeya ni... U all leh try.. Best..
Bahan-bahan:
1. Sagu - 300 g
2. Santan - 200 g
3. Sirap merah - 3 sudu besar
4. Gula putih - 5 sudu besar
5. Tepung gandum - 1 sudu
6. Garam - 1 sudu teh
Cara-cara:
1. Rendam sagu hingga kembang.
2. Masak santan bersama sirap merah , gula putih dan garam.
3. Masukkan sagu dan biarkan hingga mendidih. (u all jangan kacau ye sbb kalo kacau nnti sagu pecah).
4. Masukkan tepung gandum yang dibancuh untuk memastikan tesktur sagu bersantan ini pekat sedikit.
5. Biarkan seketika (2 minit) dan bolehlah hidangkan.
Nyum nyum sedap...Try la..Best! :) Selamat mencuba!
Resepi sagu bersantan ni mudah sedap dan cepat je dimasak. Ni first time Deeya buat. Resepi dari nenek Deeya ni... U all leh try.. Best..
Bahan-bahan:
1. Sagu - 300 g
2. Santan - 200 g
3. Sirap merah - 3 sudu besar
4. Gula putih - 5 sudu besar
5. Tepung gandum - 1 sudu
6. Garam - 1 sudu teh
Cara-cara:
1. Rendam sagu hingga kembang.
2. Masak santan bersama sirap merah , gula putih dan garam.
3. Masukkan sagu dan biarkan hingga mendidih. (u all jangan kacau ye sbb kalo kacau nnti sagu pecah).
4. Masukkan tepung gandum yang dibancuh untuk memastikan tesktur sagu bersantan ini pekat sedikit.
5. Biarkan seketika (2 minit) dan bolehlah hidangkan.
Nyum nyum sedap...Try la..Best! :) Selamat mencuba!
Sunday, July 28, 2013
Resipi Lontong Sedap, Mudah dan Ringkas
Hi all,
Lontong ni one of makanan kegemaran Deeya. Memang best sangat-sangat. Dah lama tak buat ni memandangkan teringin pulak nak makan lontong ni so Deeya pon buatlah lontong. Ada empat part untuk penyediaan lontong ni iaitu:
1. Sayur Lodeh
2. Kuah Kacang
3. Sambal Ikan Bilis
4. Nasi Impit
Jom tengok resipinya..
------------------------
Bahan-bahan (Sayur Lodeh):
1. Bawang merah - 4 ulas -dikisar
2. Bawang besar - 1 labu -dikisar
3. Bawang putih - 4 ulas -dikisar
4. Kunyit hidup - 1/2 inci -dikisar
5. Serai - 2 batang - dititik
6. Tempe -dipotong
7. Kacang Panjang -dipotong
8. Kubis -dipotong
9. Carrot -dipotong
10. Terung -dipotong
11. Santan - 200 g
12. Asam keping - 3 keping
13. Udang kering/ikan bilis - 50 g -dikisar
14. Garam - 3 sudu teh
15. Gula - 1 sudu besar
Bahan-bahan (Kuah Kacang):
1. Bawang merah - 4 ulas -dikisar
2. Bawang putih - 3 ulas -dikisar
3. Halia - 1/2 inci -dikisar
4. Kacang tanah - 500 g
5. Cili kering - 15 tangkai - dikisar
6. Belacan - 1/2 inci -dikisar
7. Air asam jawa - setengah cawan
8. Gula melaka - 200 g
9. Gula putih - 2 sudu
10. Garam - 2 ke 3 sudu
11. Buah kurma - 2 biji -dibuang biji dan dikisar
Bahan-bahan (Sambal Ikan Bilis):
1. Cili kering - 15 tangkai - dikisar
2. Belacan - 1/2 inci -dikisar
3. Bawang merah - 4 ulas -dikisar
4. Bawang putih - 3 ulas -dikisar
5. Halia - 1/2 inci -dikisar
6. Bawang Besar - dihiris nipis
7. Air asam jawa - setengah cawan
8. Ikan Bilis - 200 g
9. Garam - 2 sudu teh
10. Gula - 2 sudu besar
Bahan-bahan (Nasi impit):
1. Nasi Impit Faeza ( boleh guna jenis lain)
--------------------------------------------
Cara-cara (Sayur Lodeh):
1. Kisarkan kesemua bahan yang dinyatakan seperti di atas.
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar dalam minyak panas.
3. Biarkan seketika hingga naik bau dan kekuningan.
4. Masukkan serai yang dititik. Kecilkan api.
5. Masukkan kesemua bahan yang telah dipotong.
6. Masukkan santan.Biarkan hingga mendidih.Kemudian masukkan asam keping.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Boleh dihidangkan. (Deeya kata yang ni main campak2 je..pastu jadi..haha)
Cara-cara (Kuah Kacang):
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga kekuningan.
2. Angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum digosok untuk mengeluarkan kulit kacang. (Boleh je kalo korang nak gosok terus if rasa tangan tu kebal tahan panas dah.hihi :p)
3. Kisar kasar kacang tanah tersebut. (Deeya tumbuk sebab kalo kisar x reti bajet. Nanti hancur sangat x sedap).
4. Kisarkan kesemua bahan untuk ditumis seperti yang dinyatakan di atas.
5. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau. (Kecuali kacang tanah tadi).
6. Masukkan setengah cawan air dan setengah cawan air asam jawa.
7. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar/ditumbuk.
8. Masukkan gula melaka, gula putih dan garam.
9. Tunggu hingga mendidih dan boleh diangkat.
Cara-cara (Sambal Ikan Bilis).
1. Goreng ikan bilis seketika. Angkat dan asingkan.
2. Kisarkan kesemua bahan sepertu yang dinyatakan di atas.
3. Tumis bahan tersebut hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
6. Masukkan gara dan gula secukup rasa.
7. Tunggu hingga kuah agak pekat dan boleh dihidangkan.
Cara-cara (Nasi Impit):
1. Rebus nasi impit dalam bekas berisi air selama 20 minit.
2. Tunggu hingga nasi impit kembang.
3. Boleh diangkat dan dipotong secara dadu.
Kemudia bolehlah dihidangkan bersama semua yang telah dimasak tadi. Sedap sangat bila campur ketiga-tiga kuah ni. Makan hingga licin semangkuk. Tambah lagi...hehe..
Selamat mencuba!!
Resipi Grill Chicken with Blackpeper Sauce
Assalamu'alaikum w.b.t.
Hi all...Deeya bersemangat nak update resipi ni. Start awal ramadhan dah x pernah makan kat luar. Memandangkan Deeya tgh cuti sem, banyak masa terluang so Deeya masak je la apa yg terlintas kat fikiran ni ha..Ok jom tengok camana Deeya buat Grill Chicken Blackpeper ni. Mudah simple dan sedap!!
Ada tiga part untuk lengkapkan resipi ni :
1. Coleslaw
2. Grill Chicken
3. Sauce Blackpeper
Jom tengok resepinya...
Bahan-bahan ( Coleslaw):
1. Carrot - 1/2 batang
2. Kubis - 1/2 biji
3. Mayonis - 6 sudu besar
4. Susu Cair - 2 sudu besar
Bahan-bahan (Grill Chicken)
1. Ayam bahagian dada (boleh beli yang dah siap potong bentuknya untuk grill : 1 peket ada dalam 12 ketul)
2. Lada Hitam -50g - dikisar
3. Bawang putih - 4 ulas - dikisar
4. Bawang merah - 4 ulas - dikisar
5. Bawang besar - 1 labu - dikisar
6. Halia - 1 inci - dikisar
7. Serai - 1 batang - dikisar
8. Garam - 1 sudu teh
Bahan-bahan (Blackpeper Sauce)
1. Lada hitam - 50g -dikisar
2. Bawang putih -2 ulas -dikisar
3. Bawang besar - 1 labu -dikisar
4. Halia - 1/2 inci - dikisar
5. Cendawan yang telah dipotong - 1 tin (Deeya tak beli masa buat kali ni. Biasanya Deeya letak)
6. Brown Sauce - 2 sudu besar
7. Sos Blackpeper - 2 sudu besar
8. Sos cili - 1 sudu besar
9. Kicap manis - 1 sudu besar
10. Tepung jagung -1 sudu besar
---------------------------------------
Cara-cara (Coleslaw):
1. Potong carrot dan kubis nipis-nipis dalam bentuk dadu.
2. Gaulkan carrot dan kubis dengan mayonis hingga sebati.
3. Masukkan susu cair.
4. Sejukkan dalam peti sejuk.
Cara-cara ( Grill Chicken):
1.Kisarkan bahan-bahan seperti di atas.
2.Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar dan garam selama 1/2 jam atau 1 jam (lebih lama masa perapan lebih sedap rasa ayam).
3. Setelah diperap, bakar ayam hingga masak. (Deeya guna pembakar Dsinni macam Tefal tu)
4. Setelah masak boleh dihidangkan bersama coleslaw tadi,
Cara-cara (Blackpeper Sauce):
1.Kisarkan bahan-bahan seperti di atas.
2.Campurkan semua bahan kisaran dengan Cendawan Butang bersama Brown sauce, Sos Blackpeper, Sos cili dan kicap manis.
3. Masak di atas api. Untuk pekatkan kuah, bancuh tepung jagung dan masukkan dalam kuali.
4, Setelah mendidih hidangkan sos.Bolehlah tuangkan sos ke atas grill chicken tadi. Siap!
Selamat mencuba!
Hi all...Deeya bersemangat nak update resipi ni. Start awal ramadhan dah x pernah makan kat luar. Memandangkan Deeya tgh cuti sem, banyak masa terluang so Deeya masak je la apa yg terlintas kat fikiran ni ha..Ok jom tengok camana Deeya buat Grill Chicken Blackpeper ni. Mudah simple dan sedap!!
Ada tiga part untuk lengkapkan resipi ni :
1. Coleslaw
2. Grill Chicken
3. Sauce Blackpeper
Jom tengok resepinya...
Bahan-bahan ( Coleslaw):
1. Carrot - 1/2 batang
2. Kubis - 1/2 biji
3. Mayonis - 6 sudu besar
4. Susu Cair - 2 sudu besar
Bahan-bahan (Grill Chicken)
1. Ayam bahagian dada (boleh beli yang dah siap potong bentuknya untuk grill : 1 peket ada dalam 12 ketul)
2. Lada Hitam -50g - dikisar
3. Bawang putih - 4 ulas - dikisar
4. Bawang merah - 4 ulas - dikisar
5. Bawang besar - 1 labu - dikisar
6. Halia - 1 inci - dikisar
7. Serai - 1 batang - dikisar
8. Garam - 1 sudu teh
Bahan-bahan (Blackpeper Sauce)
1. Lada hitam - 50g -dikisar
2. Bawang putih -2 ulas -dikisar
3. Bawang besar - 1 labu -dikisar
4. Halia - 1/2 inci - dikisar
5. Cendawan yang telah dipotong - 1 tin (Deeya tak beli masa buat kali ni. Biasanya Deeya letak)
6. Brown Sauce - 2 sudu besar
7. Sos Blackpeper - 2 sudu besar
8. Sos cili - 1 sudu besar
9. Kicap manis - 1 sudu besar
10. Tepung jagung -1 sudu besar
---------------------------------------
Cara-cara (Coleslaw):
1. Potong carrot dan kubis nipis-nipis dalam bentuk dadu.
2. Gaulkan carrot dan kubis dengan mayonis hingga sebati.
3. Masukkan susu cair.
4. Sejukkan dalam peti sejuk.
Cara-cara ( Grill Chicken):
1.Kisarkan bahan-bahan seperti di atas.
2.Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar dan garam selama 1/2 jam atau 1 jam (lebih lama masa perapan lebih sedap rasa ayam).
3. Setelah diperap, bakar ayam hingga masak. (Deeya guna pembakar Dsinni macam Tefal tu)
4. Setelah masak boleh dihidangkan bersama coleslaw tadi,
Cara-cara (Blackpeper Sauce):
1.Kisarkan bahan-bahan seperti di atas.
2.Campurkan semua bahan kisaran dengan Cendawan Butang bersama Brown sauce, Sos Blackpeper, Sos cili dan kicap manis.
3. Masak di atas api. Untuk pekatkan kuah, bancuh tepung jagung dan masukkan dalam kuali.
4, Setelah mendidih hidangkan sos.Bolehlah tuangkan sos ke atas grill chicken tadi. Siap!
Selamat mencuba!
Sunday, May 5, 2013
Tips Pemilihan Langsir Murah dan Berkualiti
Assalamu'alaikum w.b.t..
Jenis kain yang Deeya dapat kat NIlai Kedai Sri Maju ni :
1. Hall dan dining hall - Kain yang tebal dan berat plain ( macam kain guni tu - jenis baru ) - RM98/meter reduce ke RM38/meter. Awesome!!
2. Day curtain Hall dan Dining Hall - Organza . Agak mahal. RM50/meter
3. Ruang Rehat atas - Blackout Curtain . RM12/meter dan jurai2 as day curtain . RM70/set.
4. Master Bedroom - RM98 reduce to RM38/meter. Awesome too!!
Kedai Sri Maju. Cari saleman nama Halim (maybe Bangladesh kot tapi leh cakap melayu fasih).
Hampir setengah tahun jugak la survey nak cari langsir murah ni tapi x dapat2(bukan setiap hari la..weekend je.tolak balik kg, n lain2 aktiviti.heh).. Deeya pon dah cuba dapatkan maklumat dari kawan, blog2 kat internet ni tapi bila gi je tempat2 tu mcm mahal ja..Dan x jumpa le plak taste yang Deeya nak..Cerewet gak ye..
Antara tempat yang dah Deeya survey :
1. Jakel Shah Alam - Banyak pilihan kain, murah, berkualiti tapi x jumpa yang berkenan
2. Ikea - Mahal, kurang pilihan, ready made (banyak tapi boleh dapat lagi murah drp IKEA)
3. Macy - Mahal, Berkualiti, Banyak pilihan
4. Tehwah - Kurang pilihan
5. Beberapa kedai curtain di Puchong (Bandar Puteri)- mahal sebab ada consultant akan advice rupa bentuk curtain kita nak.
6. Nilai... Kedai Sri Maju - OK murah, berkualiti, Banyak pilihan, Jahitan kemas, Cepat siap, Kelengkapan complete (rod kayu + rail dan lain2 yang berkaitan)
![]() |
Dining Hall - Ops nampak dinding yang di hack tu tambah point plug masih belum cat balik ye ni..hihi.. |
![]() |
Dining Hall |
![]() |
Main Hall |
![]() |
Main Hall (sorry, this is not the exact color..suppose more darker) |
![]() |
WIndows Main Hall |
![]() |
Ruang Rehat Atas |
Jenis kain yang Deeya dapat kat NIlai Kedai Sri Maju ni :
1. Hall dan dining hall - Kain yang tebal dan berat plain ( macam kain guni tu - jenis baru ) - RM98/meter reduce ke RM38/meter. Awesome!!
2. Day curtain Hall dan Dining Hall - Organza . Agak mahal. RM50/meter
3. Ruang Rehat atas - Blackout Curtain . RM12/meter dan jurai2 as day curtain . RM70/set.
4. Master Bedroom - RM98 reduce to RM38/meter. Awesome too!!
Kedai Sri Maju. Cari saleman nama Halim (maybe Bangladesh kot tapi leh cakap melayu fasih).
![]() |
Ni la nama kedai tu . Sri Maju |
![]() |
Halim sedang masukkan rail dan rod kayu dalam kete Deeya. :p |
Dah tamat bab langsir....Lepas penat membeli-belah. husband ckp dia pernah baca blog someone yg bagi info pasal kedai makan best di Nilai..ayam salai.itik salai..daging salai. so dia pon ajakla Deeya ngan Sweetheart gi makan ctu.Sweetheart dapat tgk Upin Ipin dah x kisah le dia dengan keadaan sekeliling..hahaa....senang nk bg dia dok diam.
Cari punya cari ditambah dengan perut dah menanyi2 lagu apa ntah ni..akhirnya jumpa gak kedai tu...Kalo U all x pernah makan, leh la gi makan cni lepas penat membeli belah...tempat dia biasa ja. makanan dia okla...Ada lauk kampong , yg salai2 , bakar2 semua ada..Bagi Deeya, 8/10 la Deeya rate kan...Gred 'A' la tu ok pe. haha..Ni ada pic nya..
.
.
.
![]() |
Kedai dia macam2 ada. Kita leh gi pilih lauk...dia akan server utk setiap hidangan tu... |

Nampak x betapa ramainya orang...Time Deeya gi ni dah kol 2 pm kalo x silap...
Okla..Deeya rasa cukup la entry jalan2 cari langsir ngan jalan2 cari makan kat Nilai ni. Moga entry ni memberi manfaat kat U all yg tengah cari langsir..
Nanti Deeya update lagi and maybe leh share pasal budget utk nak masuk rumah (wiring, plaster ceiling, lampu kipas, perabot, cabinet dapur, etc...)
Ok bye..
Wednesday, May 1, 2013
Hepi Labour Day!!
Assalamu'alaikum w.b.t semua,
Wah semangat ni ngan topic Labour Day ni..Pagi2 lagi td dah jengok2 tengok kat parking bawah, full je keta harini. Means that ramai la yg bercuti. Deeya pon tumpang rasa le gak Labour Day ni walaupun jadi student skang ni. Almaklumlah kelas mlm ni postponed.Hahahaha (Gelak guling2 u all :D). Tapi x bestnya kena la ada replacement class..waduh my weekend. Dan jugak x best sbb En. Abe x cuti.sobsob..x gi jalan manalah ye. So sama je la rutin harianku bersama Sweetheart yg dah makin lasak skang ni.
Deeya nak stori kat cni pasal Deeya punya experience la..dulunya selepas graduate, Deeya keje la kat Private Sector. Almost 2 years jugakla Deeya bertapa kat situ. Selepas tu Deeya join lak Public Sector.Kat Public ni adala dalam 5 tahun then Deeya sambung belajar. Lepas ni keje balik la dgn Gomen.
Ahah..ada highlight kat both key word ye. hehe. Apa perbezaan yang dah Deeya rasa dalam dua2 sector ni? Ni Deeya nak cerita experience masa di Private Sector ni. Company yang Deeya kerja ni International Company. Masa dapat keja tu, ramailah yang cakap; wahh untungla dapat keje ctu..Bukan senang nak dapat weh...Gaji mesti banyak wehh....that's sentence yg selalu kita dengar la kan. Memang best keje kat situ. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii..(haaa..ada tapi yang panjang di ctu ye u al)....sangatla mencabar.
Guess what? I'm the only Malay and girl in that lab. Rasanya u all leh bayangkan camana kan. (x best wehh..)..Wah...memang sukar yg amat nak cari gender yg sama kat situ sebabnya Deeya ditempatkan kat dalam Lab. Biasala kalo bab2 IT, engineering, susah sket majikan nak amek 'Perempuan'.. kononya x mampu nak buat apa yg kaum lelaki buat. Lagi satu, kan ke kalo dah kawen, konpem ar kena ada maternity leave la cuti anak sakit la.Lagi2 kalo cuti raya kena le amek lama sikit sebabnya nak kena balik kampong dua belah kan. Rugi la company kalo tiap tahun asyik maternity leave ditambah pulak dengan leave2 yg mcm supplement tu kan. That's some of the reason why perempuan susah nak dapat kerja dalam bidang2 tertentu. Tapi camana Deeya leh keje kat ctu plak eh? x tau la maybe dah rezeki Deeya kat situ dan kebetulan masa tu kan tengah bujang.So x de reason la Deeya nak cuti je memanjang.Kena la workaholic.Nama pon keje.Amanah tu beb..Sibaik la keje yg Deeya buat tu kena la dengan jiwa.haha..Kadang2 weekend pon keje.Nak rasa cuti itu ini x dapatla.Seingat Deeya, Labour Day pon Deeya x cuti kot. Jap nak recall...cheh x ingatla..haha...OK assume Deeya x cuti la ye.. ^-^ Nampak sungguh ke'workaholic'an ku..ekekeke...Table Arrangment dalam lab tu memanjang je.X de partition howwkey..Juz ada 3 workstations for each one untuk complete task yg bos bagi setiap hari. Tempat yang Deeya keje tu orang kiri kanan leh tgk & observe (part ni bos le slalu pantau kan kot2 la x wat keje).
Kisah ni Deeya memang x leh lupa..Ada satu hari tu, Deeya tengah buat keja..(semestinya buat keja..heh).Ada la sorang member Chinese ni (lelaki la manada pompuan dlm tu) tanya Deeya."Napa u selalu 'Curi Ular'?".. Hah sudah. Apa mamat ni punya soalan. Bila masa pulak aku curi ular? Dalam konpius2 tu Deeya pon pk punya pk..Rupa2nya dia nak tau napa selalu 'Mengular'..Paham kan mengular tu maksudnya macam curi tulang la.Mula2 nak melenting gak bila masa la kita ni mengular kan.Dahla keja tu Amanah..Kalo x amanah apa nak jawab kat sana nanti.Rezeki tu halal ke kalo mengular.Rupa2nya dia pelik napa Deeya selalu lari amek dalam 15 ke 20 minit ke surau.Selalunya Deeya gi kul 2ptg la. Sbb company ni pelik sikit time rehatnya. Waktu rehat kol 12 hingga 12.45..Mana sempat azan Zohor lg time tu kan..Selalunya Deeya rehat dalam setengah jam je sebab nak cover keja yang Deeya nak tinggal utk solat Zohor. So, pertanyaan si mamat ni pon dijawab," Deeya kena tunaikan responsibility Deeya as a Muslim." Then dia pon paham la. Tapi dia ada lagi soalan lain. Deeya mula pelik dengan sikap dia.Banyak pulak soalan dia ni..
Lebih kurang macam ni la conversation Deeya ngan AH tong (bukan nama sebenar..haha):
Ah Tong: "Kenapa in ur religion, perempuan ada yang pakai tudung and ada yang x pakai ya?"
Deeya: "Ok Ah Tong, cuba U bayangkan sekarang U tengah drive. Lepas tu U sampai kat traffic light. U tau kan traffic rules camane? If the light is Green, then Go. If Red then Stop. If Yellow then U need to be caution rite?"
Dia dah interested dengan analogy yang Deeya bagi.Then dia jawab..
Ah Tong: " Yes, then what? ".
Deeya: " Ok, assume that the traffic light in front of U tu red color, U nak stop ke nak Go?"
Ah Tong: "Mestilah Stop maaa"
Deeya: " Nape U nak Stop pulak?"
Ah Tong: "Kan traffic rules cakap kena stop.So kena la ikut maaa"
Deeya: " Hah..sama la macam Muslim Women..We must follow the rules"
Ah Tong macam x puas ati sebab jawapan tu x complete lagi...
Ah Tong: " Abes why ada yang pakai ada yang tak?"
Deeya: "I nak Tanya U Ah Tong. Sepanjang U drive ni, ada tak U pernah Nampak pengguna jalanraya yang langgar traffic light merah tu?"
Ah Tong : " Ada...."
Deeya: "Then sama la macam soalan U tadi.. Every human has different attitude, different behaviour. Kalau dia faham rules, then dia akan follow. If dia x paham, macam tu la jadinya...langgar traffic light merah"
Deeya tengok Ah Tong dah angguk2 kepala tanda paham..
Deeya: "U pon tau kan apa consequent orang yang langgar traffic light merah. Ada yg kena saman, ada yang accident..."
Ah Tong: " Ya la...I dah paham..Tenkiu maaa.."
Hehe..conversation kat atas tu bukanlan exactly sama ayat dia tapi lebih kurang macam gitu la Deeya jawab. Deeya rasa macam si Ah Tong ni interested sket pasal ni.. So Deeya hope akan ada NUR drpNya supaya si Ah Tong ni dapat ke jalan yang benar..
Ha..banyakkan experience Deeya keje di Private Sector. Deeya terpk...ada hikmahnya Deeya diletakkan sementara kat sana. Walaupun Deeya x sepandai mana dalam bab2 ni tapi sekurang2nya Deeya perjelaskan apa yang diorg pk sebenarnya..
Moral of the story: ' Sedangkan orang yang x seagama kita pon cuba memahami peraturan yang termaktub dalam kitab kita, apatah lagi kita yang sememangnya dilahirkan dalam Islam ni..Kenalah kita muhasabah diri...renung mana yang baik mana yang tidak.Amalkan yang benar...tinggalkan yang mungkar.Wallahu'alam..'
End of Private Sector punya cerita. Deeya nak cerita pasal Public Sector punya experience pulak.. Tapi rasanya kena bukak entry baru...x larat Deeya nak taip.Haha...Bukan hari ni..next time kot yer...
SO apapon pekerjaan kita, di manapon kita bekerja, pastikan Niat tu KeranaNya, Amanah, Jujur & Ikhlas, Bertanggungjawab semasa kita berkerja.. Moga pekerjaan yang diamanahkan tu dapat digunakan sebaik2nya...
U all yang bekerja tu Deeya ucapkan 'selamat hari pekerja' dan Selamat Bercuti! Jadilah pekerja yang terrrBAIK ya!! (dgn harapan bonus dapatla this year ekekeke..Haip...Ikhlaskan hati.Hehe..)
Sebelum berundur..ni ada sikit kata hikmah..:)
Bye..Ilalliqa'....
Tuesday, April 23, 2013
Nama saya Deeya :p
Assalamu`alaikum w.b.t kepada semua pembaca,
Bermulalah satu detik, saat, jam, hari, bulan & tahun, blog ini akan diserikan dengan entry2 yang best2.. (best2 je tau..yeke..hehe). Sangat2 terharu rasanya bila nak share kat dalam blog ni dengan all readers.Okla..maybe this is my 1st entry & x banyak pon nak stori pasal diri ni. Maybe cara penulisan pon agak kekok.Almaklumlah, novice kan...Kalo dah jadi intermediate blogger ke, advance blogger ke, dah x de la rasa malu2 kot nak update macam2 stori kat blog ni. ^-^ dah leh challenge u all yg expert blogger kat luar sana tu..hehee..
Let me introduce myself. Before that,x sure nak bahasakan diri dengan gelaran apa. Bukan apa, kalo boleh x nak la nama panggilan/timangan kat luar tu digunakan kat dalam blog ni kan.Dah sudah...banyak pulak limitation, rules, etc untuk create satu entry. Heh... Ok, Me = Deeya = a daughter = a wife = a mom. Dah sebut a mom tu, u all dah leh expect kot range umur Deeya kan. So Deeya x de la muda sangat & rasanya belum lagi kategori berumur la (perasan muda..:p betulla...muda lagi.Hehe!). So kalo ikutkan ranking umur ni, sedang2 je la kan. Deeya rasa dah explain kat atas tadi, as a daughter to my mama & ayah (of course la kan) ... as a wife to my hubby and a mom to my sweetheart ^-^. Rite now Deeya sedang continue study in MSc(IT). Dah umur meningkat ni baru ada rezeki sikit nak tambah ilmu pengetahuanku yang cetek ni. Baru ilmu dunia..Ilmu akhirat lagi la nak kene cari kan..Studi tu bukan saje2 nak sambung tapi Deeya skang cuti blajar.Before this as IT Officer. Alhamdulillah dah rezeki kat situ, syukur apa yang Allah bagi. Rezeki my sweetheart ni. Tapi Deeya x pernah lupa, Allah sentiasa uji kita. Dia bagi rezeki yang melimpah ruah, dan dalam masa yang sama, ujian juga x kan pernah lekang.. Itu tandanya kita masih disayangi olehNya..InsyaAllah.. ^-^ Thats y kita selalu kena bersyukur... syukur padaMu Ya Allah...
Berbalik pada asal usul blog ni, kalo u all nak tahu la kan, blog ni dah lama dah Deeya create. Tapi Deeya x pernah rasa nak update any entry.. rasa macam x tau nak tulis apa masa tu kan. Masa dulu2 pernah jugak tertanya2.. Best ke jadi blogger ni? Apa advantages nye? Best ke share info? Best ke itu? Best ke ini? Best ke.. Haa jawablah u all.. hikhik. Kalau nak stori pasal best ke become a blogger, baik buat satu lagi entry ye tak. Entry tajuk 'Best ke jadi blogger?`hehe..*wink* Deeya lebih senang kalo stori dalam blog ni berkisarkan apa yang Deeya nak cerita. Tentang Deeya.. Hehe.. Banyak.. tapi mana nak mula?
Ha.. mula la terasa ruginya sebelum ni Deeya x update apapon kat blog ni. Sebab banyak yang boleh Deeya `share` & boleh juga dijadikan teladan, pengajaran dan sempadan dengan all readers. Dah tentu la jugak setiap entry ni mesti ada sejarah masing2 kan.Rugi kalau apa yang kita ada x di`kongsi` dengan orang lain.'Kongsi' ilmu tau. Bak kata Ustaz Kazim, "Orang yang Allah sayang adalah orang yang suka menolong orang lain. Dalam erti kata lain, Bersedekah selalu, Jangan Kedekut Ilmu, Tidak pentingkan Diri Sendiri, Menghormati Hak Orang Lain, Membuat Kerja Amal, Tidak Sombong dengan Orang Miskin & kekurangan.. Orang2 ni jugaklah yang akan mendapat pertolongan daripada Allah. " Haa... Banyak betulnya tu kan bila direnung2kan.. Then boleh la kita dalam mood insaf jap. heh.. Seswaii la jugak dengan tajuk entry kali ni berkaitan waktu. - speechless tetiba *wink*
Saja nak update pics sket..
Saja nak update pics sket..
![]() |
Me and my husband on OUR DAY..:p |
![]() |
Akad..:) |
![]() |
My Sweetheart |
Okla u all, rasanya itu aje kot 1st entry Deeya. So hopefully u all akan terus membaca coretan2 Deeya lagi selepas ni. Jangan jemu2 ya... Novice undur diri dulu. Nak jengok sweetheart Deeya yang dah tdo before Deeya update blog ni. To be continue.. Daaaaa......... Ilalliqa`...
Untuk renungan bersama......
Subscribe to:
Posts (Atom)