Saturday, September 28, 2013

Resipi Fusilli Carbonara Mudah dan sedap

Assalamu'alaikum w.b.t dan hi..

Penatnya hari ni.Tadi husband bawak Deeya n Sweetheart g FITC . Farm In The City ni kat Sri Kembangan je..Best gak...hehe..Nanti Deeya upload la entry FITC ye..skang ni nak upload resipi. Sebab balik td penat sgt. Lapar. Fikir yg paling mudah je la nak masak. SO jom kita tengok resipi...

Fusilli Carbonara


Fusilli Carbonara

Fusilli Carbonara lagi
Close up Fusilli Carbonara

Bahan-bahan:

1. Fusilli / Macaroni / Fetuccini -apa2 pasta pon boleh je..
2. Sos Prego Carbonara - 1 tin
3. Susu Cair - 200ml
4. Cheese - Slices/parut - Jangan guna parmesan..masam sangat..Guna yg mcm cheese dale ke cheese slice tu better..
5. Butter 2- sudu
6. Bawang besar - 1labu - dipotong dadu
7. Bawang putih -3 uas -dipotong dadu
8. Daging cincang - 300 g
9. Lada benggala - 1/2 biji -dipotong dadu
10. Tomato - 1 biji - dibuang biji dan dipotong dadu
11. Carrot - dipotong dadu
12. Garam - sikit je dalam 1/2 sudu teh . **sebabnya cheese dan sos carbonara dah ada rasa masin
13. Sosej - dipotong nipis
14. Cendawan - dipotong nipis - **optional. Kalo x suka x yah letak.Deeya x letak sbb x suka rasa cendawan tu campur dgn sos carbonara. Kalo sos bolognese ok la letak cedawan.. Up to u kalo nak letak.x nak x yah letak..
15. Serbuk oregano - 1/2 suduh teh
16. Serbuk Oregano kasar - 1 sudu besar 

**semua bahan yang dipotong dadu tu kalo boleh biarlah kecik je dan sama size. Agak2 je lah ya..haha

Cara-cara:

1. Rebus pasta hingga empuk. Boleh rasa la dia dah masak. Jangan telalu lama nanti hancur pasta tu k..
Dah lembut tos dan asingkan.
2. Tumiskan bawang besar, bawag putih dalam butter tadi hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang, sosej dan carrot . Biarkan selama 5 ke 8 minit hingga daging dan bahan-bahan tadi masak. Tujuan letak carrot sekali sebab carrot ni lambat masak so kalo x nak rasa dia spoil u all punya carbonara sos, better masukkan sekali dengan daging. Dalam masa yg sama, daging pon x hangit. Try la..
4. Kemudian masukkan sos prego carbonara, garam, dan biar seketika. Masukkan air jika perlu.
5. Masukkan cheese yang dan biar sebati.
6. AKhir ekali masukkan lada benggala dan juga tomato. Makesure sekejap ja. Asal sebati sudah. Kalo hancur nanti x sedap lak sos u all.
7. Owh ada lagi, masukkan lah lada dan jugak oregano untuk menyedapkan rasa. Oregano ni Deeya guna yang kasar dan campur sikit dengan serbuk oregano. Kalo ada daun parsley, hiaskan.. bau dia sedap. Deeya x de daun ni so x letak lah.

Cara nak makan, gaulkan je pasta/ fusillini tadi dengan sos dan leh la makan..

Selamat mencuba resepi mudah ni...

Wednesday, September 25, 2013

Resipi kari kepala ikan sedap

Assalamu'alaikum w.b.t dan hi semua..

Kari kepala ikan sangat mudah sebenarnya nak buat. Gambar kat bawah ni kurang menarik sebab ikan ni kepalanya kecik sangat. hehe... Baru-baru ni Deeya buat kari ikan pari. Terlupa nak snap gambar. X pe Nanti Deeya update gambar lain ya. BTW caranya sama je.. Jom tengok resipi...

Kari kepala ikan sebelum dimakan..


Kari kepala ikan setelah dicuit cuit haha..

Bahan-bahan:

1. Isi Ikan dan kepala ikan (terpulang ikan apa..ikan merah/ikan jenahak/ ikan lain yang sedap...)
2. Rempah kari ikan -1 peket kecil (Deeya guna Alagapas & Babas. Campur )
3. AIr asam jawa - 1/2 cawan
4. Beras - 1/4 cawan- digoreng - ditumbuk halus
5. Garam
6. Serbuk cili - 2 sudu besar
7. Kacang bendi - 4 ke 5 biji
8. Tomato
9. Cili hijau & Cili merah
10. Bunga lawang - 2 biji
11. Kulit kayu manis - 1 batang
12. Bunga cengkih - 3 biji
13. Buah pelaga - 2 biji
14. Serbuk Kas-kas - 1 1/2 sudu
15. Bawang merah - 5 ulas - dikisar
16. Bawang putih - 4 ulas - dikisar
17 Bawang besar - 1 labu - dikisar
18. Daun kari
19.Halba campur - ditumbuk halus

Cara-cara:

1. Basuh ikan dengan asam keeping.air asam jawa dan asingkan.
2. Tumis bawang-bawang yang telah dikisar hingga naik bau.
3. Tumiskan juga halba campur, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang , buah pelaga dan daun kari hingga naik bau.
4. Tumiskan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh hingga naik bau dan masukkan air asam jawa.
5. Masukkan serbuk kas-kas dan juga beras yang telah dikisar halus. Tujuannya untuk memekatkan kuah dan rasa yang sedap. Kas-kas pula unuk tambah selera dan rasa kari yang umph.hehe..
6. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
7. Boleh masukkan bendi, cili  dan ikan dan biarkan seketika dalam 5 ke 8 minit. Jangan lama-lama nanti hancur ikan dan bendi tu.
8. Masukkan gara hingga sesedap rasa.
9. Padamkan api dan masukkan tomata. Tujuannya supaya tomato tu x terlebih lembik.
10. Ok dahhhh siap..

Jom makan....:)

Resipi Baby Burger / Mini Burger

Assalamu'alaikum w.b.t,

Resipi mini burger mudah ni memang membangkitkan selera anak-anak. Size nya sebesar 1/4 daripada roti gardenia tu.. Ha nak tau resipi jom tengok...

Baby Burger for kids
 
Bahan-bahan:
1. Roti gardenia - 10 keeping -potong 1/4
2. Daging hancur - 500 g
3. Lada hitam - 50 g - dikisar
4. Bawang putih -4 ulas - dikisar
5. Bawang besar -1 labu - dikisar
6. Garam
7. Mayonis
8. Tomato - dihiris nipis
9. Salad
10. Marjerin
11. Tooth pick
 
Cara-cara:

1. Roti gardenia yang dipotong 1/4 perlu disapu marjerin/butter dan dibakar seketika.
Angkat dan asingkan.
2. Tuiskan bahan yang dikisar . Angkat dan masukkan dalam daging hancur. Masukkan garam 2 sudu teh.
3. Kepalkan hingga bulat dan nipis (macam daging burger tapi bersize kecik).
4. Bakar hingga masak.
5. Lapiskan roti, mayonis, sayur, daging dan juga sos (jika perlu) dan akhiri dengan lapisan roti yang disapu mayonis. Jangn lupa cucukkan tooth pick. Supaya bahan-bahan x lari. Ye la size pon keci. Senang nak makan kalo ada tooth pick ni.

Ok..selamat mencuba!!!

Resipi Telur Bistik mudah, ringkas dan sedap

Assalamu'alaikum w.b.t,

Alahai telur bistik pon nak citer ke dalam ni.. haha...BTW memang resipi dalam blog Deeya ni semua yang mudah-mudah je. SO u all pon boleh follow x pon boleh tukar-tukar selera kalau boring makan makanan yang u all masak hari-hari. Kadang-kadang resipi yang simple ni la yang sedap dimakan. Anak2 pon boleh makan sama kan..:) Jom tengok resipi mudah ni...




Telur Bistik

Telur bistik
Bahan-bahan:

1. Telur ayam - 2 ke 3 biji
2. Ayam/sotong/udang - pilihlah mana berkenan. nak campur semua pon ok je..
3. Sayur-sayur - Carrot, kubis bunga, dan apa jua sayur yang diingini.. hehe
4. Cili kering - dikisar
5. Bawnag putih - 3 ulas - dihiris nipis
6. Bawang besar - 1 labu - dihiris nipis
7. Halia - 1 inci - dihiris nipis
8. Cili besar dan cili padi - terpulang berapa biji u all nak letak - dihiris nipis
9. Pati ayam - 2 sudu besar

Cara-cara:

1. Pukul telur dan gorengkan . (macam buat telur dadar). Angkat dan asingkan.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dihirs nipis hingga naik bau.
3. Masukkan cili kering yang dikisar dan tunggu hingga cili masak.
4. Masukkan ayam/sotong/udang dan biar seketika ( 5 minit) hingga masak.
5. Masukkan semua sayur-sayuran.
6. Masukkan pati ayam.

Dah siap...cepat kan..mudah pulak tu.. U all pandai2 la nak sedap tambah je la kicap manis ke sikit..hehe.. depend on u all punya selera. Makan dengan nasi panas sedap. Jom cuba masakan yang simple ni..

Tips ayam goreng rangup dan sedap

Assalamu'alaikum w.b.t,

Alahai...ayam goring pon nak jadikan resipi ke..haha..Ayam goreng ni one of my sweetheart a.k.a si kecik tu punya favourite.hehe...biasanya goreng letak garam kunyit je. Tapi kadang-kadang buat jugak ala2 ayam KFC ni.Selalu x jadi rangup. Tu yang pelik tu.So satu hari my MIL call, trus la Deeya Tanya tips..so ni tips untuk ayam goring rangup dan sedap. Jom tengok resipi...


 
Ayam goreng berempah yang rangup


Bahan-bahan:

1. Ayam - 1/2 ekor
2. Tepung gandum
3. Serbuk cili - 1/2 cawan (terpulang..x nak pedas kurangkan..)
4. Bawang merah - 4 ulas - dikisar
5. Bawang besar - 2 labu - dikisar
6. Bawang putih - 4 ulas - dikisar
7. Halia - 2 inci - dikisar
8. Ais kiub - beberapa ketul
9. Garam - 2 sudu teh


Cara-cara:

1. Bersihkan ayam.
2. Kisar bahan-bahan seperti di atas . Kisarkan bersama ketulan ais kiub. Semasa kisar x perlu letak air ya sebab ais tu akan cair jugak nanti.
3. Perapkan bahan-bahan yang dikisar selama 1/2 jam.
4. Gaulkan tepung gandum, serbuk cili dan garam.
5. Golek-golekkan ayam atas tepung yang dicampur serbuk cili tadi,
6. Panaskan minyak.. Gorengkan ayam hingga kuning keemasan..

Siap...senangkan...tips nya tu la kisar dengan ais.Confirm u all punya ayam goreng akan garing.
Selamat mencuba.

Saturday, September 21, 2013

Resipi nasi tomato dan ayam masak merah yang mudah, ringkas dan sedap

Assalamu'alaikum w.b.t dan Hi semua,

Deeya saja nak mention kat sini yang semua resipi Deeya dalam ni menggunakan bahan yang mudah didapati kat mana-mana kedai. SO x de la nak rigid sangat. U all boleh cuba campur tolak bahagi darab bahan2 supaya rasanya sedap.. Ok kali ni resipi ayam masak merah dan nasi tomato. Simple dan senang ja. Jom tengok resipi..


Ayam masak merah

Nasi tomato
Bahan-bahan :

Ayam masak merah
1. Ayam - 1 ekor dipotong 12 
2. Bawang besar -2 labu - 1 1/2dikisar dan 1 dihiris 
3. Bawang putih - 3 ulas - dikisar
4. Halia - 1 inci
5. Serai - 2 batang (1 dititik dan 1 dikisar)
6. Air asam -1/2 cawan
7. Cili kering - 15 biji -dikisar
8. Garam
9. Gula

Nasi tomato
1. Beras - 3 cawan
2. Daun pandan - 2 helai
3. Halia - 1 inci - dihiris nipis
4. Bawang merah - 3 biji - dihiris nipis
5. Bawang putih - 3 ulas - dihiris nipis
6. Bunga lawang - 1 biji
7. Bunga cengkih - 3 biji
8. Kulit kayu manis - 1 batang
9. Buah pelaga - 2 biji
10. Susu cair - 200ml
11. Stok ayam - 1 cawan
12. Garam
13. Marjerin - 3 sudu besar
14. Air 1 1/2 cawan
15. Tomato puree - 2 cawan

Cara-Cara:

Ayam masak merah
1. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti dinyatakan di atas  (kecuali cili kering) hingga naik bau.
2. Kemudian tumiskan cili kering hingga pecah minyak (biar sampai masak tapi jangan sampai hangit.Kalo x, x sdap nnti)
3. Masukkan air asam. kacau hingga mendidih.
4. Masukkan ayam. Biarkan selama 10 hingga 15 minit hingga ayam betul2 masak.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Deeya x guna ajinomoto ya sebab x suka.So Deeya anggarkan rasa tu seimbang antara manis masin dan masam juga pedass...
6. Akhir sekali boleh masukkan bawang yang dihiris nipis tadi. Biarkan seketika dalam 2 ke 3 minit dan angkat .
7. Siap..

Nasi tomato
1. Caranya sama macam previous entri Deeya pasal Nasi daging. Bezanya nasi tomato ni Deeya letak susu cair.
2. Basuh beras hingga bersih. Ketepikan.
3. Tumiskan semua jenis bawang, halia dan daun pandan dalam marjerin yang telah panas sehingga naik bau.
4. Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam 2 ke 3 minit. Masukkan tomato puree. 
5. Masukkan stok ayam dan susu cair
6. Masukkan air sebanyak 2 cawan (sesuai dengan kuantiti beras sebab tadi kita dah tambah susu cair dan stok ayam secara berasingan).
7. Masukkan beras dan tunggu hingga masak. (Deeya guna rice cooker je buat smua ni).
8. Dan siap....

Sedap dihidang dengan kuah dalca macam previous entri Deeya dalam Nasi daging.
Selamat menjamu selera..

Resipi puding roti sedap, mudah dan ringkas

Assalamu'alaikum w.b.t dan hi semua,

Hari ni Deeya buat puding roti sebabnya esok roti dah nak expired.Roti pulak banyak.Rugi kalo x makan buang je..Ish ish ish membazirrr kan..So drp terbuang Deeya pon buat resipi ringkas ni.Jom tengok resipi....

Puding roti dengan choc chips

Sebelum baked

Setelah baked
Bahan-Bahan:

1. Roti - 8 ke 10 keping (Depends on u all nyer loyang. Deeya guna aluminium foil yang besar tu so guna 10 keping roti.Roti Deeya guna Gardenia.)
2. Telur -1 biji (Deeya x suka letak banyak nanti hanyir)
3. Susu cair/ Fresh milk -1 cawan
4. Susu pekat - 1 - 2 sudu besar
5. Gula kastor / gula putih biasa
6. Marjerin / buttercup - 1 cawan (Deeya guna Daisy je sebab buttercup dah abes)
6. Kismis dan coklat chip - untuk hiasan (tabur atas)
7. Esen vanilla - 1 sudu teh (Untuk hilangkan hanyir telur)

Cara-cara:

1. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang (macam buat kek tu).
2. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan susu cair, susu pekat, dan esen vanilla. Gaul sebati.
4. Masukkan roti yang dicarik-carik. (Ada je yang rajin nak potong. SO nampak kemas sket. Tapi Deeya malas..haha.so carik-carikkan ja). Gaul hingga sebati dan mampatkan dalam aluminium foil.
5. Akhir sekali taburkan kismis dan coklat chip kat atas adunan yang telah dimampatkan.
6. Bakar pada suhu 150 darjah dalam masa 20 minit. Kalo nak tau dah masak ke tak, gunalah garfu untuk cucuk.
7. Dah siap, leh potong dan hidangkan dengan coklat cair. Nyumnyum seriuz sedap.

Selamat mencuba!

Monday, September 16, 2013

Resipi Nasi daging bersama air asam kerisik dan dalca campur

Assalamu'alaikum w.b.t dan hi...

Resipi nasi daging ni dari my MIL. Selalu buat bila ada occasion je tapi kalo teringin nak makan, buat jugak. Sorry ye gambar kurang memuaskan especially yang gambar nasi tu. Dalam gambar kat bawah ni ada ayam blackpeper. Deeya x update lagi resipi tu kali ni sebab yang tu lauk tambahan je. Yang man part tu mcm kat bawah ni. Jom tengok resipi...

3 main parts of nasi daging:
1. Nasi daging
2. Dalca
3. AIr asam kerisik

Nasi daging, ayam blackpeper, air asam kerisik, papadom, daging rebus, dalca campur (ayam & daging)

Nasi daging (gambar kurang memuaskan.. :))

Air asam kerisik

Daging rebus

Dalca campur (ayam & daging)

Ayam blackpeper

Bahan-bahan:

Nasi Daging
1. Daging 1kg
2. Bawang Besar 1 labu
3. Bawang merah 5 biji
4. Bawang putih 3 ulas
5. Halia 1 inci
6. Beras 3 pot
7. Bunga lawang 2 kuntum
8. Cengkih 3 - 4 biji
9. Kulit kayu manis 1 batang
10. Marjerin - 3 sudu besar
11. Garam
12. Daun pandan
13. Tomato Puree - 1 sudu

Dalca ayam dan daging
1. Bawang Besar 1 labu
2. Bawang merah 3 biji
4. Bawang putih 3 ulas
5. Halia 1 inci
6. Air asam jawa 1 cawan
7. Terung 1 biji -dipotong
8. Carrot 1 biji -dipotong
9. Ubi kentang 1 biji - dipotong
10. Kacang panjang 3 - 4 batang - dipotong
11. Kacang dal 200g
12. Serbuk kari daging 1 peket kecil
13. Serbuk cili 2 sudu
14. Bunga lawang 2 kuntum
15. Cengkih 3 - 4 biji
16. Kulit kayu manis 1 batang
17. Kas-kas 2 sudu kecil
18. Garam
19. Gula

Air asam kerisik
1. Tomato 1 biji -dipotong dadu
2. Cili merah 2-3 biji
3. Cili api 1 biji
4. Kerisik 200g
5. Air asam jawa 1/2 cawan
6. Belacan 50g
7. Garam
8. Gula
9. Bawang besar - dipotong dadu
------------------------------------------------------------------------------------------

Cara - cara

 Nasi Daging
1. Rebus daging hingga empuk.
2. Basuh beras dan tapis.
3. Tumis kan hirisan bawang putih, bawang besar, bawang merah dan daun pandan dalam marjerin yang telah panas.
4. Apabila naik bau, tumiskan juga bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan tomato puree.
5. Masukkan air rebusan daging tadi dan biarkan mendidih. Masukkan garam supaya nasi ada rasa.
6. Masukkan beras.
7. Masak nasi seperti biasa. (Deeya letak dalam rice cooker. Tumis pon dlm rie cooker gak).
8. Biarkan sehingga nasi masak.
9. Dalam masa yang sama, daging tadi boleh dihiris nipis-nipis untuk dimakan dengan nasi dan air asam nanti..tinggalkan sikit air rebusan daging utk digunakan dalam air asam kerisik nanti.

Dalca ayam dan daging
1. Rendam kacag dal selama semalaman.
2. Tumiskan bawnag putih, bawang merah, bunag lawang, bunga cengkih dan kulis kayu manis hingga naik bau.
3. Tumiskan bancuhan rempah kari dan serbuk cili.
4. Masukkan kacang dal dan air asam jawa, biarkan seketika.
5. Masukkan ayam dan daging yang telah dipotong.
6. Setelah agak masak, masukkan air dan biarkan mendidih.
7. Lemudian masukkan semua sayur yang dah dipotong tadi.
8. Biarkan seketika, masukkan garam dan gula hingga secukupnya.
9. Setlah 5 hingga 10 minit, padamkan api. Sedia dihidang bersama nasi daging..

Air asam kerisik
1. Tumbuk cili api, cili merah, belacan hingga hancur.
2. Masukkan air asam jawa dan air rebusan daging.
3. Masukkan garam, gula dan kerisik. Gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar yang telah dipotong dadu..

Dah siap..boleh la u all hidangkan semuanya bersama ya..Gorenglah papadom skali untuk mencukupkan rasa nasi daging ni. 

Selamat mencuba..

Sunday, September 15, 2013

Resipi Mee Kari Tulang mudah dan sedap

Assalamu'alaikum w.b.t dan hi semua..

Mee Kari Tulang ? Ok ni permintaan husband Deeya. Dah lama x buat mee kari kan, so nak ubah selera mee kari ni Deeya guna je tulang yang ada dalam peti ni untuk dijadikan bahan / kuah mee kari. Mee kari ni pon version Deeya jugak. Sesuka hati je la campak2 dan last sekali kena makesure rasa dia best. Hehe.. Jom tengok resipi...

Mee kari tulang

Bahan-bahan Mee kari tulang
Bahan-bahan:
1. Mee kuning 1 peket
2. Tulang 1kg
3. Tauhu - dipotong dadu
4. Telur
5. Fishcake - optional
6. Sawi
7. Taugeh
8. Bawang besar - 1 labu - ditumbuk/diblend halus
9. Bawang putih - 3 ulas - ditumbuk/diblend halus
10. Halia - 1 inci  - ditumbuk/diblend halus
11. Bawang merah - 3 biji  - ditumbuk/diblend halus
12. Serbuk kari - 1 peket kecik - Deeya guna rempah alagappas campur ayam brand 
13. Serbuk cili - 3 sudu - kalo nak pedas letak banyak sikit.
14. Daun kari
15. Air asam jawa - 1/2 cawan
16. Santan - 200ml
17. Ubi kentang - dipotong dadu

Cara-cara:
1. Celurkan mee kuning tadi dan asingkan.
2. Celurkan sawi dan taugeh. Ketepikan.
3. Kisar halus / tumbuk hingga hancur semua bahan yang perlu dikisar. Seperti dinyatakan di atas.
4. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
5. Masukkan daun kari. Tumis hingga garing.
6. Masukkan rempah yang telah dibancuh. Biar hingga rempah betul2 dah masak. Tips supaya bila makan nanti sedap je rasanya.
7. Masukkan air asam jawa dan masukkan juga santan. Deeya campur je air asam jawa ngan santan supaya x pekat sangat bila masuk dalam kuali.
8. Dalam masa yang sama, makesure tulang tadi direbus sampai lembut ye...Dan setelah tulang dah lembut, masukkan air rebusan dan tulang skali ke dalam kuah yang ditumis tadi.
9. Boleh masukkan garam, gula dan bila dah sedap, boleh tutup api.
10. Goreng Ubi kentang dan Tauhu yang dipotong dadu hingga garing.
11. Boleh lah hiaskan semua bahan yang dicelur tadi bersama dengan tauhu dan ubi kentang. X lupa jugak if nak sedap, potong je limau nipis, cili, dan hiaskan.

Mudah, cepat  dan ringkas. Selamat mencuba! 

Thursday, September 12, 2013

Resipi Ayam Pandan Pengantin Mudah dan Ringkas

Assalamu'alaikum w.b.t dan hi..

Resipi ni Deeya ubah ikut citarasa Deeya je dan cara balutan ayam tu pon ikut suke je.Hehe..Kalo u all rajin nak balut cantik2, leh la dinamakan Ayam ketupat pandan pengantin ye.. Ok jom tengok resipi...


Sebelum digoreng rupanya macamni ...


Setelah digoreng rupanya macam gini lak..:)

Bahan-bahan:

1. Isi ayam - 500g - dipotong dadu
2. Daun pandan - secukupnya
3. Bawang besar - 1 labu - ditumbuk halus
4. Bawang putih - 4 ulas - ditumbuk halus
5. Halia - 1 inci - ditumbuk halus
6. Serai - 2 batang - ditumbuk halus
7. Lengkuas - 1 inci - ditumbuk halus
8. Jintan manis - 1/2 sudu besar - ditumbuk halus
9. Lada sulah - secukup rasa
10. Garam
11. Gula
12. Tooth pick - untuk cucuk daun pandan supaya tidak tercabut

Cara-cara:

1. Isi ayam perlu dipotong dadu.
2. Gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
3. Masukkan juga lada sulah, gula dan garam secukupnya.
4. Perap ayam bersama bahan-bahan tadi selama 45 minit ke 1 jam.
5. Perapan ayam tadi diletakkan di atas daun pandan.
6. Ikat daun pandan. (Terpulang pada u all. Kalo nak cantik dan kemas leh refer http://daleenpersona.blogspot.com/2013/06/ayam-ketupat-pandan-pengantin.html?showComment=1379004984599#c829200065055549567)
7. Letakkan tooth pick tadi dan makesure ayam tidak bergerak-gerak atau terkeluar daripada daun tu.
Tips yang Deeya buat, ketika nak letak ayam atas daun pandan, makesure ayam tu boleh dikepal dan melekat antara satu sama lain. Hopefully x terkeluar la ayam tu daripada daun pandan semasa nak goreng.
8. Goreng dalam minyak panas. Dah siap , angkat dan boleh dimakan dengan nasi panas atau ratah je pon sodap...

Bahan perapan sebenarnya terpulang pada selera u all.

Selamat mencuba!!

Resipi Sherperd's Pie - Beef Curry yang sedap dan mudah

Assalamu'alaikum w.b.t,

Sherperd's pie curry beef version Deeya ^-^.Lets checkout the recipe.. Ada dua part which are:
1. Topping-First Layer
2. Potato-Second Layer



Bahan-bahan:

Topping-First Layer
1. Daging cincang / minced beef (Boleh je nak guna ayam)
2. Bawang Besar (1 labu) - dimayang halus
3. Bawang Putih (3 ulas) - dimayang halus
4. Daun kari
5. Serbuk paprika / cili - 1 sudu (depend kalo u all nak pedas leh tambah)
6. Serbuk kari - 4 sudu besar
7. Garam
8. Gula
9. Cili merah - dihiris halus 
10. Daun ketumbar - dihiris halus
11. Bawang goreng
12. Parmesan cheese + Cheddar cheese + Mozarella Cheese - (kali ni Deeya x letak sebab stock cheese dah abes dalam freezer. Sebab tu jadi plain je Sherperd's pie kali ni ^-^)

Potato-Second Layer
1. Ubi kentang - 7 biji
2. Fresh milk - 1/2 cawan
3. Susu cair - 3 sudu besar
4. Telur -1 biji (dipukul)
5. Tepung gandum - 4 atau 5 sudu besar
4. Serbuk lada hitam
5. Garam
--------------------------------------------------------------------------------
Cara-cara:

Langkah 1: Topping-First Layer
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan tunggu hingga naik bau.
3. Tumiskan serbuk kari dan serbuk paprika. Untuk elakkan hasil tumisan hangit, masukkan sedikit garam. Kalo agak2 pekat sangat, masukkan sedikit air.
4. Masukkan Daging/ ayam yang dicincang.
5. Biarkan seketika hingga daging/ ayam masak.

Langkah 2: Potato-Second Layer
1. Rebus ubi kentang hingga lembut.
2. Toskan dan lenyek dalam bekas yang agak besar. 
3. Masukkan fresh milk dan susu cair dan telur yang telah dipukul.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak.
5. Gaulkan hingga sebati dan masukkan lada hitam dan garam.

Langkah 3: 
1. Sediakan aluminium foil. Depend gak kat u all bentuk camane nak. Biasanye pie bulat. So Deeya guna bulat nyer. 
2. Makesure sapu sedikit butter di setiap aluminium foil yang akan digunakan.
3. Masukkan Second Layer iaitu ubi kentang yang telah dilenyek tadi di lapisan bawah. Tekan sedikit hingga mampat.
4. Masukkan topping iaitu bahan-bahan yang telah ditumis.
5. Optional: Sekiranya ada cheese, layerkan di bahagian atas sekali.
6. Taburkan daun ketumbar, cili yang dihiris nipis dan bawang goreng untuk hiasan.
7. Masukkan dalam ketuhar (microwave) pada suhu 150 darjah celsius selama 15 ke 20 minit.
8. Done... 

Mudah kan. Selamat mencuba! :)