Thursday, September 12, 2013

Resipi Sherperd's Pie - Beef Curry yang sedap dan mudah

Assalamu'alaikum w.b.t,

Sherperd's pie curry beef version Deeya ^-^.Lets checkout the recipe.. Ada dua part which are:
1. Topping-First Layer
2. Potato-Second Layer



Bahan-bahan:

Topping-First Layer
1. Daging cincang / minced beef (Boleh je nak guna ayam)
2. Bawang Besar (1 labu) - dimayang halus
3. Bawang Putih (3 ulas) - dimayang halus
4. Daun kari
5. Serbuk paprika / cili - 1 sudu (depend kalo u all nak pedas leh tambah)
6. Serbuk kari - 4 sudu besar
7. Garam
8. Gula
9. Cili merah - dihiris halus 
10. Daun ketumbar - dihiris halus
11. Bawang goreng
12. Parmesan cheese + Cheddar cheese + Mozarella Cheese - (kali ni Deeya x letak sebab stock cheese dah abes dalam freezer. Sebab tu jadi plain je Sherperd's pie kali ni ^-^)

Potato-Second Layer
1. Ubi kentang - 7 biji
2. Fresh milk - 1/2 cawan
3. Susu cair - 3 sudu besar
4. Telur -1 biji (dipukul)
5. Tepung gandum - 4 atau 5 sudu besar
4. Serbuk lada hitam
5. Garam
--------------------------------------------------------------------------------
Cara-cara:

Langkah 1: Topping-First Layer
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan tunggu hingga naik bau.
3. Tumiskan serbuk kari dan serbuk paprika. Untuk elakkan hasil tumisan hangit, masukkan sedikit garam. Kalo agak2 pekat sangat, masukkan sedikit air.
4. Masukkan Daging/ ayam yang dicincang.
5. Biarkan seketika hingga daging/ ayam masak.

Langkah 2: Potato-Second Layer
1. Rebus ubi kentang hingga lembut.
2. Toskan dan lenyek dalam bekas yang agak besar. 
3. Masukkan fresh milk dan susu cair dan telur yang telah dipukul.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak.
5. Gaulkan hingga sebati dan masukkan lada hitam dan garam.

Langkah 3: 
1. Sediakan aluminium foil. Depend gak kat u all bentuk camane nak. Biasanye pie bulat. So Deeya guna bulat nyer. 
2. Makesure sapu sedikit butter di setiap aluminium foil yang akan digunakan.
3. Masukkan Second Layer iaitu ubi kentang yang telah dilenyek tadi di lapisan bawah. Tekan sedikit hingga mampat.
4. Masukkan topping iaitu bahan-bahan yang telah ditumis.
5. Optional: Sekiranya ada cheese, layerkan di bahagian atas sekali.
6. Taburkan daun ketumbar, cili yang dihiris nipis dan bawang goreng untuk hiasan.
7. Masukkan dalam ketuhar (microwave) pada suhu 150 darjah celsius selama 15 ke 20 minit.
8. Done... 

Mudah kan. Selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment