Saturday, September 21, 2013

Resipi puding roti sedap, mudah dan ringkas

Assalamu'alaikum w.b.t dan hi semua,

Hari ni Deeya buat puding roti sebabnya esok roti dah nak expired.Roti pulak banyak.Rugi kalo x makan buang je..Ish ish ish membazirrr kan..So drp terbuang Deeya pon buat resipi ringkas ni.Jom tengok resipi....

Puding roti dengan choc chips

Sebelum baked

Setelah baked
Bahan-Bahan:

1. Roti - 8 ke 10 keping (Depends on u all nyer loyang. Deeya guna aluminium foil yang besar tu so guna 10 keping roti.Roti Deeya guna Gardenia.)
2. Telur -1 biji (Deeya x suka letak banyak nanti hanyir)
3. Susu cair/ Fresh milk -1 cawan
4. Susu pekat - 1 - 2 sudu besar
5. Gula kastor / gula putih biasa
6. Marjerin / buttercup - 1 cawan (Deeya guna Daisy je sebab buttercup dah abes)
6. Kismis dan coklat chip - untuk hiasan (tabur atas)
7. Esen vanilla - 1 sudu teh (Untuk hilangkan hanyir telur)

Cara-cara:

1. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang (macam buat kek tu).
2. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan susu cair, susu pekat, dan esen vanilla. Gaul sebati.
4. Masukkan roti yang dicarik-carik. (Ada je yang rajin nak potong. SO nampak kemas sket. Tapi Deeya malas..haha.so carik-carikkan ja). Gaul hingga sebati dan mampatkan dalam aluminium foil.
5. Akhir sekali taburkan kismis dan coklat chip kat atas adunan yang telah dimampatkan.
6. Bakar pada suhu 150 darjah dalam masa 20 minit. Kalo nak tau dah masak ke tak, gunalah garfu untuk cucuk.
7. Dah siap, leh potong dan hidangkan dengan coklat cair. Nyumnyum seriuz sedap.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment