Thursday, September 12, 2013

Resipi Ayam Pandan Pengantin Mudah dan Ringkas

Assalamu'alaikum w.b.t dan hi..

Resipi ni Deeya ubah ikut citarasa Deeya je dan cara balutan ayam tu pon ikut suke je.Hehe..Kalo u all rajin nak balut cantik2, leh la dinamakan Ayam ketupat pandan pengantin ye.. Ok jom tengok resipi...


Sebelum digoreng rupanya macamni ...


Setelah digoreng rupanya macam gini lak..:)

Bahan-bahan:

1. Isi ayam - 500g - dipotong dadu
2. Daun pandan - secukupnya
3. Bawang besar - 1 labu - ditumbuk halus
4. Bawang putih - 4 ulas - ditumbuk halus
5. Halia - 1 inci - ditumbuk halus
6. Serai - 2 batang - ditumbuk halus
7. Lengkuas - 1 inci - ditumbuk halus
8. Jintan manis - 1/2 sudu besar - ditumbuk halus
9. Lada sulah - secukup rasa
10. Garam
11. Gula
12. Tooth pick - untuk cucuk daun pandan supaya tidak tercabut

Cara-cara:

1. Isi ayam perlu dipotong dadu.
2. Gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
3. Masukkan juga lada sulah, gula dan garam secukupnya.
4. Perap ayam bersama bahan-bahan tadi selama 45 minit ke 1 jam.
5. Perapan ayam tadi diletakkan di atas daun pandan.
6. Ikat daun pandan. (Terpulang pada u all. Kalo nak cantik dan kemas leh refer http://daleenpersona.blogspot.com/2013/06/ayam-ketupat-pandan-pengantin.html?showComment=1379004984599#c829200065055549567)
7. Letakkan tooth pick tadi dan makesure ayam tidak bergerak-gerak atau terkeluar daripada daun tu.
Tips yang Deeya buat, ketika nak letak ayam atas daun pandan, makesure ayam tu boleh dikepal dan melekat antara satu sama lain. Hopefully x terkeluar la ayam tu daripada daun pandan semasa nak goreng.
8. Goreng dalam minyak panas. Dah siap , angkat dan boleh dimakan dengan nasi panas atau ratah je pon sodap...

Bahan perapan sebenarnya terpulang pada selera u all.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment