Mee Kari Tulang ? Ok ni permintaan husband Deeya. Dah lama x buat mee kari kan, so nak ubah selera mee kari ni Deeya guna je tulang yang ada dalam peti ni untuk dijadikan bahan / kuah mee kari. Mee kari ni pon version Deeya jugak. Sesuka hati je la campak2 dan last sekali kena makesure rasa dia best. Hehe.. Jom tengok resipi...
Mee kari tulang |
Bahan-bahan Mee kari tulang |
1. Mee kuning 1 peket
2. Tulang 1kg
3. Tauhu - dipotong dadu
4. Telur
5. Fishcake - optional
6. Sawi
7. Taugeh
8. Bawang besar - 1 labu - ditumbuk/diblend halus
9. Bawang putih - 3 ulas - ditumbuk/diblend halus
10. Halia - 1 inci - ditumbuk/diblend halus
11. Bawang merah - 3 biji - ditumbuk/diblend halus
12. Serbuk kari - 1 peket kecik - Deeya guna rempah alagappas campur ayam brand
13. Serbuk cili - 3 sudu - kalo nak pedas letak banyak sikit.
14. Daun kari
15. Air asam jawa - 1/2 cawan
16. Santan - 200ml
17. Ubi kentang - dipotong dadu
Cara-cara:
1. Celurkan mee kuning tadi dan asingkan.
2. Celurkan sawi dan taugeh. Ketepikan.
3. Kisar halus / tumbuk hingga hancur semua bahan yang perlu dikisar. Seperti dinyatakan di atas.
4. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
5. Masukkan daun kari. Tumis hingga garing.
6. Masukkan rempah yang telah dibancuh. Biar hingga rempah betul2 dah masak. Tips supaya bila makan nanti sedap je rasanya.
7. Masukkan air asam jawa dan masukkan juga santan. Deeya campur je air asam jawa ngan santan supaya x pekat sangat bila masuk dalam kuali.
8. Dalam masa yang sama, makesure tulang tadi direbus sampai lembut ye...Dan setelah tulang dah lembut, masukkan air rebusan dan tulang skali ke dalam kuah yang ditumis tadi.
9. Boleh masukkan garam, gula dan bila dah sedap, boleh tutup api.
10. Goreng Ubi kentang dan Tauhu yang dipotong dadu hingga garing.
11. Boleh lah hiaskan semua bahan yang dicelur tadi bersama dengan tauhu dan ubi kentang. X lupa jugak if nak sedap, potong je limau nipis, cili, dan hiaskan.
Mudah, cepat dan ringkas. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment