Assalamu'alaikum w.b.t dan Hi semua,
Deeya saja nak mention kat sini yang semua resipi Deeya dalam ni menggunakan bahan yang mudah didapati kat mana-mana kedai. SO x de la nak rigid sangat. U all boleh cuba campur tolak bahagi darab bahan2 supaya rasanya sedap.. Ok kali ni resipi ayam masak merah dan nasi tomato. Simple dan senang ja. Jom tengok resipi..
Ayam masak merah |
Nasi tomato |
Ayam masak merah
1. Ayam - 1 ekor dipotong 12
2. Bawang besar -2 labu - 1 1/2dikisar dan 1 dihiris
3. Bawang putih - 3 ulas - dikisar
4. Halia - 1 inci
5. Serai - 2 batang (1 dititik dan 1 dikisar)
6. Air asam -1/2 cawan
7. Cili kering - 15 biji -dikisar
8. Garam
9. Gula
Nasi tomato
1. Beras - 3 cawan
2. Daun pandan - 2 helai
3. Halia - 1 inci - dihiris nipis
4. Bawang merah - 3 biji - dihiris nipis
5. Bawang putih - 3 ulas - dihiris nipis
6. Bunga lawang - 1 biji
7. Bunga cengkih - 3 biji
8. Kulit kayu manis - 1 batang
9. Buah pelaga - 2 biji
10. Susu cair - 200ml
11. Stok ayam - 1 cawan
12. Garam
13. Marjerin - 3 sudu besar
14. Air 1 1/2 cawan
15. Tomato puree - 2 cawan
15. Tomato puree - 2 cawan
Cara-Cara:
Ayam masak merah
1. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti dinyatakan di atas (kecuali cili kering) hingga naik bau.
2. Kemudian tumiskan cili kering hingga pecah minyak (biar sampai masak tapi jangan sampai hangit.Kalo x, x sdap nnti)
3. Masukkan air asam. kacau hingga mendidih.
4. Masukkan ayam. Biarkan selama 10 hingga 15 minit hingga ayam betul2 masak.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Deeya x guna ajinomoto ya sebab x suka.So Deeya anggarkan rasa tu seimbang antara manis masin dan masam juga pedass...
6. Akhir sekali boleh masukkan bawang yang dihiris nipis tadi. Biarkan seketika dalam 2 ke 3 minit dan angkat .
7. Siap..
Nasi tomato
1. Caranya sama macam previous entri Deeya pasal Nasi daging. Bezanya nasi tomato ni Deeya letak susu cair.
2. Basuh beras hingga bersih. Ketepikan.
3. Tumiskan semua jenis bawang, halia dan daun pandan dalam marjerin yang telah panas sehingga naik bau.
4. Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang dalam 2 ke 3 minit. Masukkan tomato puree.
5. Masukkan stok ayam dan susu cair
6. Masukkan air sebanyak 2 cawan (sesuai dengan kuantiti beras sebab tadi kita dah tambah susu cair dan stok ayam secara berasingan).
7. Masukkan beras dan tunggu hingga masak. (Deeya guna rice cooker je buat smua ni).
8. Dan siap....
Sedap dihidang dengan kuah dalca macam previous entri Deeya dalam Nasi daging.
Selamat menjamu selera..
Btoi3 snang tp kan ayam to kena goreng lu ka kew msok kn trus
ReplyDeleteDah lama tak buat nasi tomato ni....kalu guna sos tomato bkn tomato puree...ade beza rasa x agaknya..
ReplyDelete