Wednesday, September 25, 2013

Tips ayam goreng rangup dan sedap

Assalamu'alaikum w.b.t,

Alahai...ayam goring pon nak jadikan resipi ke..haha..Ayam goreng ni one of my sweetheart a.k.a si kecik tu punya favourite.hehe...biasanya goreng letak garam kunyit je. Tapi kadang-kadang buat jugak ala2 ayam KFC ni.Selalu x jadi rangup. Tu yang pelik tu.So satu hari my MIL call, trus la Deeya Tanya tips..so ni tips untuk ayam goring rangup dan sedap. Jom tengok resipi...


 
Ayam goreng berempah yang rangup


Bahan-bahan:

1. Ayam - 1/2 ekor
2. Tepung gandum
3. Serbuk cili - 1/2 cawan (terpulang..x nak pedas kurangkan..)
4. Bawang merah - 4 ulas - dikisar
5. Bawang besar - 2 labu - dikisar
6. Bawang putih - 4 ulas - dikisar
7. Halia - 2 inci - dikisar
8. Ais kiub - beberapa ketul
9. Garam - 2 sudu teh


Cara-cara:

1. Bersihkan ayam.
2. Kisar bahan-bahan seperti di atas . Kisarkan bersama ketulan ais kiub. Semasa kisar x perlu letak air ya sebab ais tu akan cair jugak nanti.
3. Perapkan bahan-bahan yang dikisar selama 1/2 jam.
4. Gaulkan tepung gandum, serbuk cili dan garam.
5. Golek-golekkan ayam atas tepung yang dicampur serbuk cili tadi,
6. Panaskan minyak.. Gorengkan ayam hingga kuning keemasan..

Siap...senangkan...tips nya tu la kisar dengan ais.Confirm u all punya ayam goreng akan garing.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment