Saturday, September 28, 2013

Resipi Fusilli Carbonara Mudah dan sedap

Assalamu'alaikum w.b.t dan hi..

Penatnya hari ni.Tadi husband bawak Deeya n Sweetheart g FITC . Farm In The City ni kat Sri Kembangan je..Best gak...hehe..Nanti Deeya upload la entry FITC ye..skang ni nak upload resipi. Sebab balik td penat sgt. Lapar. Fikir yg paling mudah je la nak masak. SO jom kita tengok resipi...

Fusilli Carbonara


Fusilli Carbonara

Fusilli Carbonara lagi
Close up Fusilli Carbonara

Bahan-bahan:

1. Fusilli / Macaroni / Fetuccini -apa2 pasta pon boleh je..
2. Sos Prego Carbonara - 1 tin
3. Susu Cair - 200ml
4. Cheese - Slices/parut - Jangan guna parmesan..masam sangat..Guna yg mcm cheese dale ke cheese slice tu better..
5. Butter 2- sudu
6. Bawang besar - 1labu - dipotong dadu
7. Bawang putih -3 uas -dipotong dadu
8. Daging cincang - 300 g
9. Lada benggala - 1/2 biji -dipotong dadu
10. Tomato - 1 biji - dibuang biji dan dipotong dadu
11. Carrot - dipotong dadu
12. Garam - sikit je dalam 1/2 sudu teh . **sebabnya cheese dan sos carbonara dah ada rasa masin
13. Sosej - dipotong nipis
14. Cendawan - dipotong nipis - **optional. Kalo x suka x yah letak.Deeya x letak sbb x suka rasa cendawan tu campur dgn sos carbonara. Kalo sos bolognese ok la letak cedawan.. Up to u kalo nak letak.x nak x yah letak..
15. Serbuk oregano - 1/2 suduh teh
16. Serbuk Oregano kasar - 1 sudu besar 

**semua bahan yang dipotong dadu tu kalo boleh biarlah kecik je dan sama size. Agak2 je lah ya..haha

Cara-cara:

1. Rebus pasta hingga empuk. Boleh rasa la dia dah masak. Jangan telalu lama nanti hancur pasta tu k..
Dah lembut tos dan asingkan.
2. Tumiskan bawang besar, bawag putih dalam butter tadi hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang, sosej dan carrot . Biarkan selama 5 ke 8 minit hingga daging dan bahan-bahan tadi masak. Tujuan letak carrot sekali sebab carrot ni lambat masak so kalo x nak rasa dia spoil u all punya carbonara sos, better masukkan sekali dengan daging. Dalam masa yg sama, daging pon x hangit. Try la..
4. Kemudian masukkan sos prego carbonara, garam, dan biar seketika. Masukkan air jika perlu.
5. Masukkan cheese yang dan biar sebati.
6. AKhir ekali masukkan lada benggala dan juga tomato. Makesure sekejap ja. Asal sebati sudah. Kalo hancur nanti x sedap lak sos u all.
7. Owh ada lagi, masukkan lah lada dan jugak oregano untuk menyedapkan rasa. Oregano ni Deeya guna yang kasar dan campur sikit dengan serbuk oregano. Kalo ada daun parsley, hiaskan.. bau dia sedap. Deeya x de daun ni so x letak lah.

Cara nak makan, gaulkan je pasta/ fusillini tadi dengan sos dan leh la makan..

Selamat mencuba resepi mudah ni...

No comments:

Post a Comment